Monday, June 1, 2009

Perak's Crisis 2009

Jika diikutkan perasaan hati yang bergelora ketika ini, saya sudah cukup bosan dengan segalanya yang berlaku di Perak. Tetapi, saya cuba untuk menidakkannya untuk tidak jelas kelihatan. Baiklah, saya telah berjanji dengan diri sendiri mahupun pengunjung blog saya untuk mencatat serba banyak mengenai emosi minda saya mengenai krisis politik dan perlembagaan di Perak maka saya harus tunaikan. Sebelum saya pergi lagi dalam dan jauh, ingin sekali saya tegaskan di sini, saya tidak nafikan minat saya terhadap isu politik, tetapi keperluan saya sebagai undergraduate untuk lebih peka dan prihatin terhadap isu semasa lebih2 lagi mengenai politik,sosial dan ekonomi adalah menjadi priority kini.


Saya mula berminat dengan isu ini kerana ia much related with constitutional law’s issue. Masih segar dalam ingatan saya, Dr Khairil Azimin a.k.a Dr. K.A pernah mengkritik pandangan saya kerana bagi beliau apa yang cuba disampaikan oleh saya lebih kepada opinion of layman. Beliau mengingatkan saya, sebagai seorang law student who want to be excellent, saya harus memberi pandangan berserta dengan authority. Saya sangat hormat dan menghargai kritikan tersebut. Sedikit sebanyak sangat membantu saya dalam memperbaiki diri ini dalam mempersembahkan emosi minda saya agar lebih jelas kelihatan relevan.

Namun begitu, saya berpendapat isu ini walaupun berkaitrapat dengan isu undang-undang perlembagaan, namun ianya lebih saya lihat kepada isu politik itu sendiri yang mesti diselesaikan mengunakan senjata politik. Walaupun undang-undang itu ada, namun ianya tidak dapat diinterpritasikan dengan baik kerana hakim2 pasti mempunyai ijtihad mereka sendiri maka untuk diselesaikan secara efisyen apatah lagi memuaskan hati semua pihak yang terlibat terutamanya rakyat perak khususnya dan masyarakat Malaysia amnya amatlah jauh untuk dicapai. Saya tidak menyalahkan Nizar or Zambry apabila mereka membawa pekara ini ke mahkamah untuk menetukan siapa MB yang sah or halal, kerana setiap manusia mempunyai hak untuk diadili apabila sesuatu pekara tidak berada di tempat yang betul. Namun begitu, saya melihat semua yang terjadi dari pelbagai perspektif dan akhirnya berpendirian bahawa kehakiman tidak dapat memberikan titik penamat bila berakhirnya isu ini. Isu politik adalah lebih baik diselesaikan secara politik.

Seorang hakim dan hakim yang lain pasti mempunyai ratio decidendi yang berlainan. Begitu juga apabila hakim mengeluarkan keputusan, ada pihak yang setuju dan sebaliknya. Contoh sudah jelas kelihatan apabila High Court decision memberikan judgement yang berbeza dengan Court of Appeal untuk memutuskan siapa MB yang sah.
Pihak pembangkang akan terus menerus mengutuk sistem kehakiman Malaysia apabila keputusan tidak memihak kepada mereka. Tetapi saya tidak menafikan kewujudan kutukan tersebut kerana saya yakin terdapat campur tangan executive bila tiba kerajaan dihadap ke mahkamah. Inilah natijah yang harus diterima apabila sesebuah parti politik terlalu lama memegang tampuk pemerintahan Negara yang dicintai. Kadang-kadang saya berasa sangsi dengan diri saya sendiri, dalam masa 2 tahun 9 bulan lagi saya akan melangkah ke mahkamah, namun hati masih lagi tidak pulih untuk yakin akan kesucian keadilan Malaysia. Ini salah satu sebab saya begitu teruja untuk terjun ke bidang ini. Saya ingin sekali lihat dan juga menyelami akan sistem keadilan di Malaysia, adakah ianya benar2 telus untuk beberapa pekara sahaja dan sebaliknya.

Saya berpendapat, jika kemelut ini difokuskan kepada isu undang-undang rakyat pasti akan mengalami kekeliruan, beberapa rakan, ahli keluarga bertanyakan kepada saya akan isu ini dari perspektif undang2, tiada kata yang mampu saya lontarkan kerana ianya complicated! Ini kerana, saya mahupun peguam, hakim boleh memberikan pelbagai interprestasi undang2 bukan berkenaan siapa BENAR tetapi siapa boleh atau tidak dari segi undang2. Kita perlu peka dan prihatin, tidak semua isu boleh diselesaikan di mahkamah secara terus. Oleh itu kemelut yang berpunca kerana politik kotor pihak terlibat maka, politik la jalan penyelesainya.

No comments:

Post a Comment