Tuesday, April 28, 2009

terbang tinggi bersama AIKOL




"MORAL VICTORY" adalah "term of refrence" untuk saya setelah hampir 4 semester di ahmad ibrahim kuliyyah of law. "Phrase" in sangat bermakna kerana ianya merungkai segala emosi di benak akal dan jiwa saya. Pada 28 April 2009, "again" saya berjaya in "my own way". Tiada kata seindah ALHAMDULILLAH & SUBHANALLAH untuk saya panjatkan kepada Tuhan saya, "the only one god in this world, the most al mighty ALLAH SWT". Kejayaan yang saya miliki sekarang bukanlah sesuatu yang patut saya jaja hingga ke ruang siber, tetapi saya tidak boleh menidakkan emosi di hati dan fikiran untuk diterjemahkan di platform ini. Saya yakin kehidupan selalu berubah, saya telah mengalami pelbagai fasa pengalaman yang cukup hebat untuk ditempuhi dan saya perlu berani untuk terus "keep on moving". Setiap kekalahan mahupun penindasan yang saya alami harus sentiasa segar untuk membakar semangat ingin berjaya.




Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mak and anak2 saudara saya di PV6..mengapa mereka? Hanya Allah Maha Mengetahui..tanpa mereka rezeki saya tak kan datang bergolek.







Saturday, April 25, 2009

Blog Punya Pasal

Saya masih mencari hala tuju blog saya"in term of" explorasi teknikal "things" di dalam nye..
WooOo..pening jugak. Terasa diri buta IT seketika, tidak termasuk kelembapan otak berjalan dalam mengendalikan blog nie.

Wednesday, April 22, 2009

coba..


Terasa bangga menjadi diri sendiri apabila keinginan hati dan permainan minda menjadi satu realiti.OOoh yeah, saya telah berjaya sign up @ blogspot. Saya sendiri tidak pasti apa yang saya inginkan ketika mula menulis. Saya amat yakin bahawa saya amat minat menyusuri blog2 yang seangkatan dengan emosi minda saya tetapi untuk menulis dan kemudiannya menjadi tatapan orang(jika ada) sesuatu yang amat berat untuk difikirkan. Saya mengambil pendekatan yang paling ringkas dan utuh untuk menulis dalam bahasa Malaysia kerana saya yakin dengan "competence" bahasa saya. Saya tidak menolak keinginan dan kemungkinan untuk menulis dalam bahasa Inggeris kerana itu "passion" saya. Saya tidak mahu menjadi seperti orang menulis hanya untuk meluah walaupun itu fitrah semulajadi.Blog bagi saya adalah pemikiran orang2 yg gemar akan perhatian dan ianya menjadi terlalu subjektif bila keinginan dan fikiran tidak berjalan dengan seiring. Bagi sesetengah pihak, blog saya seakan "skema" melalui bahasa yang dilontarkan. Tetapi itu bukan satu fakta yang "reasonable" kerana itu bukan saya semenjak kecil lagi. Saya gemar cara ini kerana in EMOSI MINDA saya tetapi bukan EMOSI HATI saya. Sudah menjadi satu harapan bagi saya agar pengunjung blog saya yang mengenali saya secara dekat mahupun jauh tidak meletakkan satu "stand" tentang diri saya. Tulisan tidak mengambarkan kehidupan tetapi idea dan emosi menjadi satu titik pemula dalam menganalisis siapa dia di hati kamu. Kini saya sudah bersedia..