Thursday, June 25, 2009

bahasa inggeris di mana kesudahanya(finish)

Belum nampak barisan kabinet Najib mencapai rentak kejayaan apatah lagi mengotakan canangan Rakyat Didahulukan. Saya tidak terlalu zalim untuk terus menjatuhkan hukuman. Namun begitu percaturan yang diambil oleh Kerajaan memerintah amatlah merbahaya lebih-lebih lagi dalam usaha memulihkan kembali parti mereka di mata dan hati rakyat jelata.

Saya amat tertarik untuk menyampaikan emosi minda saya mengenai isu pendidikan kerana saya juga masih pelajar yang masih kurang makan garam berbanding mereka yang duduk di dewan Negara mahupun dewan Rakyat. Pagi tadi saya membaca artikel yang ditulis oleh Pro.Dr. Nik Safiah Karim(idola guru B.M saya ketika darjah 5), beliau dalam tulisannya menyatakan secara tersirat, isu bahasa inggeris harus diselesaikan dengan segera tanpa perlu meminggirkan B.M, beliau juga tidak menafikan akan kepentingan B.I dalam dunia globalisai ini terutama dalam bersaing di dunia sendiri mahupun dunia luar yang serba kompetitif. Saya amat teruja membacanya dan membuatkan saya terfikir, kita tidak dapat mengelak daripada kebenaran arus pemodenan Negara yang memerlukan penguasaan bahasa sebagai perantaraan dalam memajukan bangsa dan Negara.

Secara peribadi, saya amat kesal kerana percaturan yang diambil Menteri Pelajaran adalah lebih mengejar glamour sebagai TPM daripada merangka strategi satu persatu dalam usaha memajukan anak bangsa. Memang benar beliau amat prihatin akan anak bangsa namun cara tidak betul. Belum lagi isu PPSMI menemui jalan penyelesaian, sibuk mencanang usul yang boleh merobek hati rakyat jelata terutama yang berada di luar Bandar iaitu menjadi B.I sebagai syarat lulus SPM. Saya tidak terlalu terkejut kerana saya sudah pun lulus SPM ….to be continued soon…ngantok!

alamak..saya terlambat lagi..(sbb melayu malas) continue now..


Nampak gaya dan cara, disebabkan kemalasan melampau saya, kerajaan telah pon mengeluarkan dasar perubahan yg sesetengah pihak akan tersenyum puas dan juga ade yg mengutuk yg bukan2 serta ade yang berkata"warghh..pancing undi nampak". Walau ape ulasan yg diterima, semua pihak mesti bersikap terbuka dan tabah! esp..TUN MAHATHIR..kenapa? kerana beliau pencetus dasar (yg kini bukan dasar lagi).

Huhh(mengeluh)..saya sebenarnya letih melihat isu ini dan akhirnya saya malas(jgn jadi mcm ni). Setiap dasar yg ingin di bawa ke DEWAN seharusnya dikaji dan ditimbang tara terlebih dahulu. Dahulu ketika dasar PPSMI dibawa ke parlimen(zaman TUN M bukan TUN A) terlalu pantas sepantas rang undang2 DNA. Hal ini kerana,inilah natijah nya..tidak keterlaluan jika saya katekan mungkin 1billion telah pon habis..fade away..haha(jiwang plak). Kerajaan BN menjilat kembali ludah..tetapi ini ludah yg bermaruah pada hemah saya. Less or more, dasar yg kini bukan dasar lagi merupakan kenangan terindah dan terbaik kerajaan BN though akhirnya tunduk terkulai.

Secara total di sini..kesimpulan nya: setiap dasar yg melibatkan bangsa malaysia esp.melayu harus difikir dalam2..kuat2..lebih2..jgn pandai vote di Parlimen sahaja kerana kepentingan sendiri! (marah ni)
:BI syarat wajib lulus SPM, ini pekara harus diteliti seperti coretan saya tadi. Jgn jadi seperti PPSMI. Personally usul TPM utk dasar ini amat bernas dari dasar TUN M..hehe.


ps/: MUET saya ban 4 je..plus jgn Malas Melayu

No comments:

Post a Comment