Wednesday, September 7, 2011

kembali

assalamualaikum

kini saya kembali menulis. segala tulisan akan menggunakan bahasa melayu. saya tidak tahu, sampai bila kehendak menulis blog akan kekal. saya masih tidak pasti apa yang patut saya coretkan kembali. dulu, ketika mula membuat blog ini saya di tahun ke 2 pengajian di UIA. selepas beberapa "post" saya sudah malas dek kerana terlalu sibuk dengan kehidupan di universiti, HEHE. saya kini ingin membuat "comeback" yang matang. Blog ini akan saya lebih juruskan mengenai kehidupan, isu semasa, politik dan agama serta lain2, HEHE.

Thursday, February 25, 2010

Sunday, October 18, 2009

Thursday, July 9, 2009

misi-misi yg mempunyai kepentingan sendiri sem 1 2009/2010


1.pakai helmet ketika menuggang scooter di campus gombak
2.beli stiker UIA kereta dan scooter sebelum di "clamping" tayar(s)
3.hias compartment agar sedap mata memandang dan otak untuk memerah tenaga
4.jogging dan squash di female sport complex (badan sihat otak cedas bijak)
5.rajin ke library untuk membaca full case report(s)
6.rajin lipat baju selepas dobi
7.kurangkan korean's muvi dan novel cinta
8.kurangkan FB dan Blogging
9.makan food(s) yg sihat utk badan dan otak
10.rajin calling greatmom
11.jgn tido lepas subuh, solat di awal waktu esp subuh
12.baiki tulisan tangan
13.spent more time n money to my roomates (sedih, 1 more yr left)
14.studi bermula di awal sem, jgn akhir2 mcm slalo
15.solat terawih tak nak escape
16.jgn rindu-rinduan
17.DL
18.loss my weight(hehe)
19.rapatkn ukhwah fisabilillah
20.searching..waiting..tut..tut :)


sumber:ejato

ps/: random..cuba teka which 1 top 5?

Thursday, June 25, 2009

bahasa inggeris di mana kesudahanya(finish)

Belum nampak barisan kabinet Najib mencapai rentak kejayaan apatah lagi mengotakan canangan Rakyat Didahulukan. Saya tidak terlalu zalim untuk terus menjatuhkan hukuman. Namun begitu percaturan yang diambil oleh Kerajaan memerintah amatlah merbahaya lebih-lebih lagi dalam usaha memulihkan kembali parti mereka di mata dan hati rakyat jelata.

Saya amat tertarik untuk menyampaikan emosi minda saya mengenai isu pendidikan kerana saya juga masih pelajar yang masih kurang makan garam berbanding mereka yang duduk di dewan Negara mahupun dewan Rakyat. Pagi tadi saya membaca artikel yang ditulis oleh Pro.Dr. Nik Safiah Karim(idola guru B.M saya ketika darjah 5), beliau dalam tulisannya menyatakan secara tersirat, isu bahasa inggeris harus diselesaikan dengan segera tanpa perlu meminggirkan B.M, beliau juga tidak menafikan akan kepentingan B.I dalam dunia globalisai ini terutama dalam bersaing di dunia sendiri mahupun dunia luar yang serba kompetitif. Saya amat teruja membacanya dan membuatkan saya terfikir, kita tidak dapat mengelak daripada kebenaran arus pemodenan Negara yang memerlukan penguasaan bahasa sebagai perantaraan dalam memajukan bangsa dan Negara.

Secara peribadi, saya amat kesal kerana percaturan yang diambil Menteri Pelajaran adalah lebih mengejar glamour sebagai TPM daripada merangka strategi satu persatu dalam usaha memajukan anak bangsa. Memang benar beliau amat prihatin akan anak bangsa namun cara tidak betul. Belum lagi isu PPSMI menemui jalan penyelesaian, sibuk mencanang usul yang boleh merobek hati rakyat jelata terutama yang berada di luar Bandar iaitu menjadi B.I sebagai syarat lulus SPM. Saya tidak terlalu terkejut kerana saya sudah pun lulus SPM ….to be continued soon…ngantok!

alamak..saya terlambat lagi..(sbb melayu malas) continue now..


Nampak gaya dan cara, disebabkan kemalasan melampau saya, kerajaan telah pon mengeluarkan dasar perubahan yg sesetengah pihak akan tersenyum puas dan juga ade yg mengutuk yg bukan2 serta ade yang berkata"warghh..pancing undi nampak". Walau ape ulasan yg diterima, semua pihak mesti bersikap terbuka dan tabah! esp..TUN MAHATHIR..kenapa? kerana beliau pencetus dasar (yg kini bukan dasar lagi).

Huhh(mengeluh)..saya sebenarnya letih melihat isu ini dan akhirnya saya malas(jgn jadi mcm ni). Setiap dasar yg ingin di bawa ke DEWAN seharusnya dikaji dan ditimbang tara terlebih dahulu. Dahulu ketika dasar PPSMI dibawa ke parlimen(zaman TUN M bukan TUN A) terlalu pantas sepantas rang undang2 DNA. Hal ini kerana,inilah natijah nya..tidak keterlaluan jika saya katekan mungkin 1billion telah pon habis..fade away..haha(jiwang plak). Kerajaan BN menjilat kembali ludah..tetapi ini ludah yg bermaruah pada hemah saya. Less or more, dasar yg kini bukan dasar lagi merupakan kenangan terindah dan terbaik kerajaan BN though akhirnya tunduk terkulai.

Secara total di sini..kesimpulan nya: setiap dasar yg melibatkan bangsa malaysia esp.melayu harus difikir dalam2..kuat2..lebih2..jgn pandai vote di Parlimen sahaja kerana kepentingan sendiri! (marah ni)
:BI syarat wajib lulus SPM, ini pekara harus diteliti seperti coretan saya tadi. Jgn jadi seperti PPSMI. Personally usul TPM utk dasar ini amat bernas dari dasar TUN M..hehe.


ps/: MUET saya ban 4 je..plus jgn Malas Melayu

Monday, June 1, 2009

PRE-regisration sem1 2009/2010

Praise be to Allah swt! Saya sangat teruja hendak melangkah ke Tahun keTiga pengajian di Ahmad Ibrahim Kuliyyah of Laws Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada bulan July akan datang ini.

Saya sebenarya sangat cemburu melihat kawan2 saya di Mozac dahulu yang secara berperingkat akan menamatkan pengajian masing2 di universiti. Majority akan grad pada tahun 2010. Minority seperti saya akan grad pada 2011. Namun begitu saya pasrah kerana ini takdir yang telah ditetapkan Allah. Saya akan berusaha sedaya upaya kerana Dia juga, the greatest Allah!

Baiklah, entri kali ini bukanlah ingin berkongsi cerita. Saya ingin berkongsi subjek-subjek yang bakal saya pelajari semester akan datang..jom kita lihat bersama!

LAND LAW I  DR. SHARIFAH ZUBAIDAH SYED ABD KADIR
CONSUMER LAW ASSOC.PROF DR. NAEMAH AMIN
COMPANY LAW IDR HALYANI HASSAN
EQUITY & TRUSTS IDR ZURAIDAH ALI
PUBLIC INTERNATIONAL LAW I ASSOC.PROF DR MOHD NAQIB ISHAN JAN
USUL AL FIQH I DR AZIZAH MOHD

DATA-DATA INI BELUM DISAHKAN LAGI..SEKIAN HARAP MAKLUM

ziarah ke melaka








Tiada kata sehebat terima kasih! Saya sangat berbesar hati apabila menerima kunjungan daripada sahabat2 saya yang rata-rata dari utara dan selatan Malaysia untuk jalan2 di Melaka Bandaraya yang Bersejarah dan Maju di bawah pemerintahan Kerajaan Barisan Nasioanal..hehe
Rakan-rakan yang datang ke Melaka adalaha terdiri daripada “geng bus sekolah” saya :
 Mariam, Amy, Dye (nama glamour)

Selain mereka, saya sangat teruja apabila berjumpa dengan “geng raja lawak” saya:
 Ainul Amirah Abd Razak (nama IC)

Saya sempat membawa sahabat2 saya jalan2 di banda hilir dan makan cendol di tempat favorite saya dan ct. Alhamdulilah, saya dapat juga memberikan sedikit rezeki yang saya terima kepada mereka. Kami dinner sambil membuat dosa di gerai makan bersebelahan City Bayview Hotel. Hahahaha(ketawa jahat)

Keseluruhannya, saya sangat gembira pada hari tersebut 29Mei 2009 walaupun jauh di dasar hati saya, pelbagai emosi yang hanya saya dan Allah sahaja yang maha mengetahui.
Semoga Allah melindungi sahabat-sahabat saya ini dengan barakah dan rahmat yang tidak terhingga. Ukhwah yang dibina moga kekal abadi. Ameen :)

Ps; saya akan upload pictures kita soon..sabar separuh drpd iman