Tuesday, May 5, 2009

The Najib' team


transformasi baru
Kabinet Rakyat


Saya telah mengambil pendekatan yang berlainan untuk menilai sajauh mana hebatnya "the new member of executive of Malaysia" di bawah pimpinan baru Datuk Seri Najib Tun Razak. Adalah tidak adil dan bersikap prejudis jika saya katakan 100% perubahan yang dibawa dalam barisan askar Najib adalah "membosankan". Rakyat masing2 pastinya mempunyai sentimen politik yang berlainan dalam menganalisis kabinet baru ini. Saya cukup hairan mengapa ada sesetengah pihak masih mempertikaikan kesuluruhan kabinet ini. Saya amat terkilan dengan ulasan yang diberi CEO MELAKA Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang menuntut keadilan agar wakil dari negeri itu mendapat jawatan menteri ataupun 2 timbalan menteri seperti mana yang ada sebelum ini. Secara umum bagi saya, semangat "fedaralisme" yang diharapkan kan Ali Rustam amat saya sanjungi, mungkin beliau takut negerinya akan terabai oleh sebab "minority reprenstative in general government" ataupun ketidakpuashati disebabkan beliau tidak dapat mencapai matlamatnya di Perhimpunan Agung Umno Mac lepas? Persoalan ini terlalu subjektif untuk dirungkai, hanya Ali "and his team know the truth of the history".Bagi saya, jumlah perwakilan dalam kabinet adalah tidak berapa penting kecuali perwakilan di dewan negara dan dewan rakyat. Pengaruh dua dewan keramat ini amat besar berbanding di Putrajaya. Lihat saja bagaimana Johor, walaupun dibarisi ramai wakil berkaliber di dalam kabinet tetapi negeri itu tidak mampu mencapai satu perubahan yang harus dikagumi. Satu lagi, ulasan datuk Seri Anwar yang terlalu memandang negatif terhadap kabinet ini, ianya lumrah politik, setiap tindakan kerajaan maka pembangkang akan melenting vice versa. So, saya tidak mahu comment lebih la pasal benda ini..

Seterusnya, saya melihat pengecilan kabinet yang dibuat adalah bijaksana, kerana jika terlalu besar terlalu banyak kuasa penindihan dan bajet pun makin banyak untuk dihabiskan. Saya amat teruja dengan tindakan bijak Najib dalam membentuk Kementerian Penerangan, segala bidang kuasa media tidak lagi bertindih seperti sebelum ini. Menteri ynag dilantik menerajuinya walaupun antara mereka yang TERTUA umurnya, tetapi dedikasinya melampaui yang muda dan saya yakin kementerian ini akan lebih teratur dan mencapai matlamatyna. Saya menyambut baik tiada pengabungan Kementerian Pelajaran & Pengajian Tinggi. Satu tindakan yang baik oleh Najib, hal ini pada hemat saya beliau sendiri pernah merasa betapa pentingnya isu pendidikan di Malaysia ketika menjadi Menteri Pendidikan pada tahun 90'an. Tindakan pengasingan harus dibuat walaupun mungkin terdpat beberapa pekara yang "over lapping" mengenainya "in term of jursdiction of the ministry". Tetapi masalah ini bukanlah terlau besar untuk diperkatakan, perancangan dan kebijaksanaa pengawai2 kementerian sendiri harus direncanakan. Masalah bajet pula tidaklah penting kerana pembangunan modal insan harus tidak ada tolok bandingnya. Tetapi saya melihat menteri2 yang dilantik di kementerian2 terbabit adalah tindakan kurang bernas Datuk Najib. Yang pertamanya, meletak Tan Sri Muhyiddin di kerusi itu dan pada masa yang sama memegang post TPM. Tindakan ini mungkin secara luarannya, kementerian yang penting ini akan nampak gah dan kuat. Maka sesetengah pihak yang ingin membangkitkan isu2 sensitif seperti hak keistimewaan orang2 melayu di dalam pendidikan, biasiswa dll, harus berfikir 2 3 kali. Muhyiddin sebelum ini bukanlah menteri yang "out spoken' tetapi "character" nya berubah semenjak dua menjak isu peralihan kuasa menjadi hangat sekitar tahun 2008 dan awal 2009. Terlalu subjektif untuk saya katakan di sini kredibilitnya untuk kementerian ini, sepatutnya biarlah kementerian ini diterajui oleh seseorang yang bukannya PM atau TPM. Hal ini, tugas2 sebagai TPM amat banyak dan "complicated'. Saya takut kementerian pelajaran akan terabai dan segala idea dan perubahan yand didambarkan oleh rakyat kepada menterinya dalam bidang pendidikan hanya tinggal kenangan dan hanya dipopulasi oleh pegawai2 kanan kemeterian sahaja. Hal ini jika berlaku amat mendukacitakan. Datuk Seri Hishamuddin pada hemat saya harus dikekalkan kerana fokus dan visinya di kementerian ini sebelum ditukarkan amat cemerlang. J-QOF,Pelan Pendidikan Nasional, Sekolah Kluster dll..harus dipuji dan diteruskan. Idea dan perubahan ini yang saya inginkan, dan ianya dapat direncanakan jika orang yang bertanggungjawab fokus pada kementerian itu. Yang Keduanya, pengekalan Datuk Seri Khalid Nordin adalah tidak molek, gembar gembur untuk meminda AUKU hanya polimik janji yang kosong, walaupun mmg ada pemindaan tetapi, larangan pelajar universiti untuk berpolitik tetap pada dasarnya haram. AUKU pada hemat saya "draconion" sepertimana ISA, tetapi saya amat yakin ianya masih relevan dalam mengawal kerjaya dan perilaku mahasiswa. Siswa siswi di malaysia pada masa kini, saya lihat sebagai lumpur dan lebih banyak berminat dalam dunia hiburan dan khayalan. Situasi ini jauh berbeza sekita 70 dan 80'an, mahasiswa ketika ini lebih agresif dan memandang ke hadapan, tidak hairanlah suara mahasiswa ketika ini bagai masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jika diberi pilihan saya mahu Datuk Ir Idris Haron atau saudara YB Khairy mahupun Datuk Mukhriz menerajuinya, walaupun mereka muda tetapi saya amat yakin idea dan perubahan dipinta oleh mahasiwa akan lebih terbela.Orang muda harus berinteraksi dengan yang muda barulah persefahaman itu lebih dirasai.


Mengenai KPI, penanda aras prestasi para menteri akan diselia. Satu langkah yang baik tetapi saya takut ianya hanya di "suface" sahaja.Sebagai rakyat saya berharap agar bukan sahaja kementerian sahaja di KPI kan, tetapi perlu ada Balance Score Card untuk negara. Maka bolehlah KPI tersebut menyokong aspirasi negara. Bukankah Najib CEO negara? Kalau boleh juga, sila tunjukkan kepada rakyat apa KPI tersebut dan bandingkannya dgn negara lain pula (benchmarking). Apa akibatnya kalau KPI tidak dipenuhi dan apa tindakan Najib sebagai CEO negara. Mungkin agak keterlaluan jika saya usulkan survey boleh dibuat di kalagan orang awam secara besar-besaran dalam menilai pretasi menteri2 terbaibit. Usul ini mungkin lekeh bagi sestengah pihak tetapi saya lihat ini baru dinamakan kabinet rakyat. Tetapi hal ini memang mustahil untuk dicanangkan, sejarah telah membuktikan, "suggestion by Reid Comission " telah ditolak berkenaan "vote by public in process of amending the Constitution" apatah lagi usul saya ini.


Akhir sekali, harapan saya agar kabinet ini akan menjadi seindah ungkapan yang dicanangkan oleh Datuk Seri Najib iaitu -kabinet rakyat-. Agenda dan reform yang baru dan segar harus diketengahkan dan dilaksanakan degan efisyen dan berkualiti. Saya melihat "this new cabinet" tidaklah seteruk mana, saya harus berlaku adil dengan tidak melenting tidak tentu pasal tetapi harus tunggu untuk beberapa ketika dalam membuat penilaian secara total dan berhemah. Sekian terima kasih







2 comments:

  1. ajja ada tag kat blog akak utk ajja..jawab eh..ambil n paste pastu jawab semua persoalan..hehehhehe...

    ReplyDelete
  2. "anda telah di tag - sila layari blog saye untuk mendapatkan award anda". Terima kasih!

    ReplyDelete