Tuesday, May 5, 2009

sukan membina minda yang optimis dan cerdas



Saya sekarang ini sangat teruja untuk melibatkan diri secara lansung dalam sukan universiti semalaysia. Setelah hampir 3 minggu bergelumbang dengan sesi latihan insentif, ini tidak temasuk sesi latihan biasa sewaktu semester lepas, saya kadangkala sangat tertekan,penat dan mengantuk dengan semua ini. Sukan memang tidak dapat dipisahkan dengan hidup saya, tidak hairanlah kulit saya jarang sekali cerah dan kadangkala mendapat ejekan yang sinis. Lumrah bagi saya, setiap kejadian dan minat itu pasti ada hikmahnya, kerana sukan badan saya kadangkala naik membadak bukan mendadak dan kadangkala susut. Itu "effect" yang paling saya benci. Ketika di MOZAC dulu, saya boleh dikatakan aktif sukan tetapi sekolah tidak pula megiktiraf sumbangan saya, sesuatu yang amat mendukacitakan saya, ianya hanya tercatat di sijil berhenti sekolah. Namun begitu, setelah hampir 5 tahun berlalu, saya mula berani mengorak langkah untuk terjun ke arena ini sekali lagi. Mewakili universiti dalam bidang sukan adalah antara pencapaian yang amat saya banggakan. Saya menginginkan pencapaian yang gemilang dalam bidang akedemik dan juga ko-kurikulum. Saya sentiasa berusaha untuk melengkapi diri saya dengan "skill" yang pelbagai untuk bekalan ketika melangkah ke alam kerjaya.

Chopp..saya harus berhenti menulis sekarang, scooter saya sedang menunggu untuk ke Male Sport Complex UIAM, malam ini saya cerita lagi.

Saya kembali menulis..

Di awal entri blog kali ini saya berkata tentang optimis dan cerdas. Kedua-duanya berkaitan dengan otak. Sejauh mana kebenarannya? Secara jujur, setelah penat menjalani latihan sukan(persiapan masum) sepanjang semester lepas, saya merasakan amat sangat letih. Setiap malam selasa dan khamis jam 8.30pm sehingga jam 11.30pm, saya mendambakan seluruh anggota fizikal saya di gelanggang bola baling. Keletihan yang tidak ada tolok bandingnya, sampai di bilik saya terus membersihkan diri dan tidur. Saya tidak mampu belajar selepasnya. Badan saya sangat penat dan mulalah mengantok sangat. Maka, saya tertanya tanya, sejauh mane otak saya cerdas? adakah selepas 7jam tidur yang cukup? atau sebaliknya. Untuk menjadi optimis, saya menjangkakan kewujudan semangat yang kuat ketika bersukan menjadikan saya lebih berkeyakinan dan berfikiran positif melebihi sedia ada. Emosi hati sangat bergolak apabila saya mula bermain di gelangang! Tetapi, saya jarang sekali boleh menerapkan sentimen begini ketika di kelas, sesuatu yang amat saya kecewa! Akhirnya, slogan ini hanya berkubur di hati saya, tidak sempat untuk diserap hingga ke otak.

3 comments:

  1. de tag untuk adik comei..hehehee

    ReplyDelete
  2. Sayapun tidak pasti mengapa masih ada lagi yang bersukan di dalam UIA mahupun Muslim lain dengan tidak menutup aurat dengan sempurna masih akur dengan pakaian yang barat telah tetapkan dalam setiap sukan. Tidakkah kita membaca sejarah kejatuhan tamadun Islam Uthmaniah di parsi salah satunya adalah sukan...Kenapakah UIAM tidak tegakkan syariat dalam bersukan dengan acuan Islam sejati sendiri....

    ReplyDelete
  3. uish..D'rimba(thanx bcoz sudi lawat blog saya)

    soalan awak sangat terhad bagi saya. Sebagai siswi di uiam, saya melihat uia telah berjaya menerapkan atau meneruskan asas2 syariah ketika bersukan. Tidak semua acara yang dipertandingkan di karnival MASUM uia menghantar penyertaan. Menutup aurat dengan sempurna adalah tanggungjwb sesorg untuk menyedari kewajipan tersebut. Uia telah berjaya dengan cara tersendiri untuk mentarbiyahkan mahasiswanya. Sekarang, sejauh mana pendekatan yang di ambil oleh student itu untuk mempratikannya.

    ReplyDelete