Wednesday, April 22, 2009

coba..


Terasa bangga menjadi diri sendiri apabila keinginan hati dan permainan minda menjadi satu realiti.OOoh yeah, saya telah berjaya sign up @ blogspot. Saya sendiri tidak pasti apa yang saya inginkan ketika mula menulis. Saya amat yakin bahawa saya amat minat menyusuri blog2 yang seangkatan dengan emosi minda saya tetapi untuk menulis dan kemudiannya menjadi tatapan orang(jika ada) sesuatu yang amat berat untuk difikirkan. Saya mengambil pendekatan yang paling ringkas dan utuh untuk menulis dalam bahasa Malaysia kerana saya yakin dengan "competence" bahasa saya. Saya tidak menolak keinginan dan kemungkinan untuk menulis dalam bahasa Inggeris kerana itu "passion" saya. Saya tidak mahu menjadi seperti orang menulis hanya untuk meluah walaupun itu fitrah semulajadi.Blog bagi saya adalah pemikiran orang2 yg gemar akan perhatian dan ianya menjadi terlalu subjektif bila keinginan dan fikiran tidak berjalan dengan seiring. Bagi sesetengah pihak, blog saya seakan "skema" melalui bahasa yang dilontarkan. Tetapi itu bukan satu fakta yang "reasonable" kerana itu bukan saya semenjak kecil lagi. Saya gemar cara ini kerana in EMOSI MINDA saya tetapi bukan EMOSI HATI saya. Sudah menjadi satu harapan bagi saya agar pengunjung blog saya yang mengenali saya secara dekat mahupun jauh tidak meletakkan satu "stand" tentang diri saya. Tulisan tidak mengambarkan kehidupan tetapi idea dan emosi menjadi satu titik pemula dalam menganalisis siapa dia di hati kamu. Kini saya sudah bersedia..


1 comment:

  1. hajar dh ada blog??? nape xhabaq awa2...nti link kat akak punya ok..keep in touch

    ReplyDelete